TQ.4.Dropping by. Fellas!

Tick! Tock!

Monday, January 24, 2011

SABAR.


Siang tadi sempat pergi makan tengahari dengan rakan pejabat yang sudah lama tak jumpa sebab masing-masing sibuk dengan shooting & outstations yang tak menentu masa. Mommy Berry dengan 'Mahligai Cintanya' , Emmytoz dengan '3Hari 2 Malamnya' , Sulastri dengan 'XPDC Chef Wannye' dan saye dengan 'RONAnya' :) Yup, kami sudah jarang bertemu & berceloteh panjang.

Sesambil mengunyah makanan kami bertukar-ttukar cerita berkongsi pengalaman dan rintangan semasa bekerja. Ada yang lucu, ada yang memeningkan kepala dan dalam banyak-banyak cerita ini, Salah seorang teman menceritakan pengalaman beliau yang saya juga pernah melaluinya satu ketika dahulu. Cukop memahami keadaan beliau yang sedang 'SAKIT' menahan rasa 'MARAH & SAKIT HATI yang tak mampu nk diungkaikan dengan kata.

Saya juga turut bersimpati dan turut merasa bahang 'amarah' beliau itu. Walaupon demikian 'bengangnya' beliau dengan keadaan yang 'TERPAKSA' belaiu lalui demi Tugas yang diamanahkan TETAP dibibir terukir senyuman tatkala saya memecahkan keheningan bicara dengan lawak jenaka :) Seperti biasa, nasihat & kata semangat kami bekalkan padanya agar terus 'KEBAL' menahan dugaan yang satu ini. Saya PASTI ALLAH itu tidak pernah kejam pada hambaNYA, Pastinya tersembunyi sejuta RAHMAT & HIKMAH disebalik sesuatu 'keperitan' yang kita semua lalui.

Saye tahu-kerna saye pernah berade disitu-dulu :) Kini Alhamdulillah atas 'KETIDAK-SELESA-AN' itu dahulu saye kini boleh menarik nafas LEGA sedikit. Mengambil segala pengalaman lalu sebagai pengajaran yang amat berharga.Sungguhpun ianya terkadang menyiksakan saya tetap bersyukur melalui fasa itu dan sgt BERTERIMA KASIH kepada mereka atas segalanya.

Semoga kerjaya sekarang akan lebih mengajar saya erti kehidupan & mendapat lebih banyak ilmu dan tunjuk ajar dari kakak-kakak & abang-abang senior yang terdahulu makan garam dari saye.

TERIMA KASIH TUHAN kerna memberikan daku keSABARan itu! Amin :)



Riwayat dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

" Orang yang KUAT bukanlah orang yang dapat mengalahkan orang lain dengan

KEKUATANNYA

TETAPI orang yang mampu mengendalikan KEMARAHANNYA"





*Kepada teman itu, SABAR :)


ALLAH MAHA ADIL

No comments: