TQ.4.Dropping by. Fellas!

Tick! Tock!

Monday, June 7, 2010

Hanya.


HANYA-PLATONIK

"Adam dan Sarah, pasangan Uda dan Dara yang begitu serasi, boleh bercerita panjang berbagai-bagai topik ketika bersama, bergelak-ketawa, usik-mengusik, sangat mengambil berat antara satu sama lain, a shoulder to cry on,sanggup berkorban kerana si dia, seumpama pasangan bahagia. Namunnya, satu kekurangan pasangan ini yang paling ketara ialah tiada tarikan fizikal atau seksual antara keduanya-mereka HANYA KAWAN".

There’s no chemistry, no spark, not even a tingle; there’s only friendship. Jenis cinta ini dinamakan cinta platonik, cinta berlandaskan persahabatan yang erat antara dua individu heteroseksual seperti yang dipaparkan dalam filem My Best Friend’s Wedding lakonan Julia Roberts pada tahun 1997. Bagaimana Julia Roberts menyalahertikan signal yang diberi oleh teman rapatnya lantas menganggap dialah wanita pilihan si teman walaupun pada hakikatnya si jejaka mencintai Julia secara platonik. Begitu juga sebaliknya, Jejaka itu keliru?

Cinta Platonik ialah cinta 'bersih' antara dua insan yang begitu menghargai persahabatan yang dijalin tanpa wujud tarikan fizikal antara mereka. Namun, dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia, perhubungan fizikal tidak boleh ditolak ke tepi kerana tarikan ini juga yang seringkali menjanjikan kebahagian dalam rumahtangga selain daripada komunikasi yang baik antara kedua pasangan.

Tidak kurang pula yang mengganggap cinta platonik ini tidak wujud kerana tidak mungkin pasangan lelaki dan wanita yang begitu rapat tidak ada tarikan fizikal langsung, that nothing could’ve happened between them. Innocence yang tertonjolkan oleh cinta platonik agak sukar untuk dipercayai. Dan walaupun cinta platonik ini tidak berunsur tarikan fizikal, ianya mempunyai risiko tinggi jika seorang sahaja di antara kedua pasangan yang tidak merasakan tarikannya walhal seorang lagi cenderung menyalahtafsirkan perhubungan yang ada kepada sesuatu yang akan membawa mereka lebih serius dalam perhubungan.

Banyak hati yang telah kecewa kerana mereka mengganggap perhubungan erat yang mereka ada ialah cinta sebenar sedangkan si pasangan hanya memberi title ‘HANYA kawan’ sahaja. Salah anggapan ini bukan sahaja mengundang ketidakselesaan malah banyak hati yang telah patah akibat bertepuk sebelah tangan dan tertekan akibat kekeliruan kronik.

Ini tidak bermakna dua insan yang menjalin perhubungan berdasarkan cinta platonik tidak boleh disatukan kerana mungkin atas dasar persahabatan yang kukuh itu juga yang menyebabkan mereka ingin membina keluarga bersama. Mungkin alasan mereka, sekiranya tarikan fizikal itu tidak wujud, jangan jadikan itu sebagai faktor utama dalam mendirikan rumahtangga; adalah lebih baik fokus sahaja kepada saat-saat bahagia bersama.

"Sepasang rakan rapat semenjak di bangku sekolah menengah telah mendirikan rumahtangga berlandaskan cinta platonik kerana apa yang mereka mahukan di dalam hidup ialah seorang teman yang begitu memahami, yang mampu berada bersama di waktu sukar dan senang, teman bicara dan teman untuk berkongsi airmata. Walaupun teman saya gusar memikirkan apakah keputusannya untuk berkahwin dengan sahabat paling rapat itu betul atau salah, beliau akhirnya yakin bahawa persahabatan yang dijalin akan berkekalan sehingga ke akhir hayat."

Dalam masa yang sama, perkahwinan yang bersandarkan cinta platonik cenderung untuk mengundang risiko yang besar jika salah seorang daripada pasangan bertemu dengan individu lain yang mempunyai tarikan kuat dari segi fizikal. Kecuali jika iman tebal di dada, kebarangkalian untuk tidak setia besar sekali dan mampukah persahabatan dan keserasian yang sedia terjalin menghalangnya daripada terjadi. Alasan yang diberi bukan kerana tidak cinta tetapi kerana ingin mengisi kekosongan di dalam diri yang tidak mampu ditunaikan pasangan pilihan hati.

Si pencinta platonik yang mendirikan rumahtangga dengan individu lain juga akan sering terus berhubung untuk berkongsi masalah dan ceritanya bersama pasangan Platoniknya. Seandainya suami atau isteri tidak memahami, agak sukar untuk meneruskan percintaan platonik ini kerana masalah cemburu akan wujud dan menganggu
kerukunan rumahtangga.

Bagaimana jika keadaan memaksa untuk memutuskan percintaan ini walaupun ianya suci?
Sanggupkan melepaskan perhubungan yang telah bertahun-tahun dibina kerana takut & risau segala kemungkinan?

Source by Gua.Com

Cinta platonik? persahabatan antara kau dan aku, dasarnya nampak mudah tetapi penuh dengan cabaran yang perlu diharungi.

we.r.juz.Platonik.
cute.&.nice
since&4ever
but.now.i.choose.to.let.go
i.know.we.cool.
rite?
:)

No comments: